Catatan

Tunjukkan catatan dari September 9, 2012

Waspada dengan 9 keturunan syaitan

Imej
"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169). Syaitan, makhluk yang sungguh menggemaskan-pelbagai cara mereka gunakan untuk menggelincirkan manusia. Tak hanya itu, syaitan juga selalu berusaha tak kenal lelah dan putus asa untuk menjauhkan kita dari ibadah mahupun menjadikan manusia derhaka pada Allah. Kerana memang sifatnya yang pembangkang, tugas syaitan jelas, mencari sebanyak-banyaknya teman untuk menemani mereka di neraka kelak. Misi syaitan sudah jelas bagi kita semua, menggangu, menggoda, datang dari arah mana-mana, dan menggelincirkan manusia seluruhnya agar makin jauh dengan Allah SWT. Nabi Adam pun pernah digoda sehingga beliau melakukan apa yang dilarang Allah. Berbagai cara syaitan menjatuhkan manusia ke dalam lubang kehinaan. Kerana busuknya kaedah setan dalam menenggelamkan manusia ke lembah kekufuran itulah, Rasulullah SAW bersabda, ...