Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 16, 2016

PETUA ORANG TUA-TUA

PETUA ORANG TUA PETUA CEPAT DIPINANG FEBRUARY 16, 2016 AREMIERULE LEAVE A COMMENT Petua Orang Tua Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh) Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut. Penawar Resdung Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita berwuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke suatu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan. Melicinkan dan Memerahkan Kulit Muka Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan a...