Cara Buka Akaun Paypal Dengan Kad Maybank

Cara Buka Akaun Paypal Dengan Kad Maybank Sekarang makin mudah apabila hendak mendaftar dalam akaun paypal. Ini kerana sudah banyak bank bekerjasama dengan paypal antaranya Maybank, RHB dan Public bank. Menggunakan kad debit lebih selamat dari kad kredit. Lebih mudah, paypal turut menggunakan matawan Ringgit Malaysia (MYR). Sesiapa yang suka shopping online didalam atau luar negara atau pun penjual online (blogshop) mesti tahu apa itu paypal. Apa itu PayPal? PayPal adalah salah satu alat pembayaran menggunakan internet untuk membuat pembelian online atau menerima wang. PayPal banyak digunakan untuk urusan jual-beli dan dijamin selamat. Selamat yang dimaksudkan adalah tanpa perlu mendedahkan nombor kad kredit atau maklumat kewangan kita. Kelebihan menggunakan PayPal Cepat – pembayaran dibuat serta-merta Privasi – PayPal tidak mendedahkan maklumat kewangan kepada penjual. Global – PayPal diterima hampir kesemua negara di dun...