Menghafaz dan Menjaga Al Quran Sebaiknya
Tweet Share digg Emai Daripada penerangan Sheikh Abdus Salam Bali di atas, dapat difahami bahawa cara untuk menghafal al-Quran untuk jangka masa panjang adalah seperti berikut: 1) Baca ayat dalam baris pertama sebanyak 10 kali dengan melihat mushaf. Kemudian, ulanginya tanpa melihat mushaf. (Mesti 10 kali. Jangan baca 2 kali, terus mahu mengulang. Cara ini salah. Ikut pesanan Sheikh dengan membacanya sebanyak 10 kali, barulah kemudiannya mengulang tanpa melihat mushaf, supaya ayat yang mahu dihafal melekat di dalam minda dan tahu kedudukan ayat tersebut di dalam mushaf.) Jika ada masalah dengan perkataan tertentu, maka bacalah perkataan tersebut dengan satu perkataan sebelumnya dan satu perkataan selepasnya sebanyak 5 kali. Kemudian, ulanginya tanpa melihat mushaf. 2) Kemudian, bacalah ayat dalam baris kedua sebanyak 10 kali dengan melihat mushaf. Selepas itu, ulangi ayat dalam baris kedua tanpa melihat mushaf. 3)...