KERAJAAN DAN WUDHU'
KERAJAAN DAN WUDHU'
Politik bukan segala-galanya. Dan seluruh hidup ini bukan hanya untuk politik.
Tetapi - ketika anda sebagai Muslim telah mempunyai kuasa politik - ia boleh mengubah, mewarnai dan memberi bentuk kepada banyak perkara.
Banyak perkara pula dalam hidup ini lebih luas dan beraneka dari hanya politik. Tetapi politik dan minda orang politik boleh pula menjadi penggubahnya.
Bagaimana memudahkan orang Islam termasuk pegawai, penjawat awam, pekerja kilang, staf di pejabat dan orang ramai untuk berwudhu' dan sentiasa dalam wudhu'.
Kenapa?
Banyak hadis Nabi s.a.w yang menyebut: "Hanya si mu'min yang sentiasa memelihara wudhu'nya".
Sentiasa berwudhu' adalah tanda aras keimanan. Juga, sentiasa dalam wudhu' sangat dituntut dari kita.
Rasulullah s.a.w dalam hadis yang lain (Sunan Ibni Majah - hadis no 277/278/279) memberikan pelajaran paling berguna.
Hidup ini singkat. Kebajikan yang perlu diperbuat terlalu banyak.
Antara sekian banyak kebaikan yang nanti berguna untuk si mu'min ialah: Solat dan sentiasa berwudhu'.
Sentiasa berwudhu' menjadikan anda sentiasa berpahala, pada hal anda sedang 'berpencak' dengan pelbagai aktiviti hidup.
Jika anda di pejabat kerajaan atau lainnya, bila wudhu' yang anda bawa dari rumah tadi pagi telah terbatal kerana tuntutan fitrah apa saja, tidak mudah untuk anda berwudhu' semula di kebanyakan tandas biasa. Kecuali anda bergegas ke surau dalam satu-satu kompleks pejabat.
Lalu? Saya dan anda ingin sekali memperbaharui wudhu' - tetapi kemudahan yang tidak kondusif menyebabkan kita segera melupakannya.
Nanti zohor bila kita akan bersolat, barulah wudhu' kita akan diperbaharui.
Hitungkan berapa jam dari kehidupan kita yang singkat dan tidak akan berulang semula sampai bila-bila ini, kita kehilangan 'credit hour' kita?
Pada hal, kalau paipnya senang dan kemudahannya simple, kita semua untuk beberapa jam itu akan berada dalam wudhu' sambung menyambung.
Membudayalah kita sebagai melangsungi lebih banyak jam tanpa wudhu' dalam kehidupan harian kita dari lebih jam berwudhu'.
Kita telah memayahkan diri kita sendiri.
Pada hal, kuasa politik dipegang oleh kita.
Kita bahkan tidak dapat membudayakan rekaan bangunan kita semua dengan kedudukan kita sebagai Muslim.
Tandas kita hanya untuk 'membuang' dan bukan membangunkan jati diri kita?
Orang politik boleh mencetuskan minda 'si Muslim mesti mudah berwudhu' dalam kerajaan saya' - tetapi tentulah arkitek dan profesional lainnya menjayakannya.
Saya terpanggil mencatit nota tak seberapa ini selepas seharian semalam, menjadi tamu kepada sebuah syarikat pengendali air kumbahan terbesar di China.
Sungguh pun semalam adalah hari minggu bagi syarikat mereka, se orang pengurus syarikat ini bermurah hati membawa saya melawat ibu pejabat mereka dan diberikan taklimat kecanggihan teknologi dan konsep pembangunan mereka (ada kesempatan, saya akan kongsikan).
Tema mereka ialah : AIR DAN ECO UNTUK SURVIVAL UMMAT MANUSIA.
Berkedudukan top 150 dari syarikat paling besar di dunia - dalam tempoh hanya 23 tahun, mereka telah berjaya membangunkan teknologi dan perniagaan yang berwasasan hampir hanya nostalgia untuk dekad yang lalu. Atau, untuk orang yang malas mengimpikan sesuatu yang berbeza.
Diskusi kami lewat meja hidangan hampir petang, saya membawakan sedikit falsafah 'air' dari perspektif Islam, termasuk wudhu'.
Itu mendorong saya menurunkan catatan ringkas ini.
Husam Musa
22 November 2015
10 Safar 1437
22 November 2015
10 Safar 1437
Ulasan
Catat Ulasan